Cara Mudah Dapat Duit Dengan Program Affiliate Lazada

Salah satu sebab saya tubuhkan nichejuara ini adalah untuk share tips-tips dan cara mudah dapat duit ataupun pendapatan tambahan dengan internet melalui program affiliate. Apa itu program affiliate, boleh rujuk sini dan boleh ke sini untuk dapatkan senarai lengkap program affiliate tempatan.

Memang bukan perkara yang mustahil untuk anda hasilkan pendapatan melalui internet. Asalkan anda work hard dan cuba sebaiknya, memang tiada masalah untuk mendapat pendapatan dengan internet. Lagilah melalui program affiliate, memang tiada masalah dan sudah ramai yang berjaya menjadikan affiliate sebagai satu pendapatan utama mereka.

Bukti Pembayaran Komisyen Affiliate Lazada

Asalkan anda cuba sebaiknya, memang tiada masalah untuk dapatkan pendapatan sampingan ataupun pendapatan secara konsisten setiap bulan dengan affiliate.

Strategi Dapatkan Pendapatan Lumayan Setiap Bulan Dengan Lazada

Anda juga boleh dapatkan hasil seperti ini setiap hari!

Setakat ini memang hampir konsisten kami menerima komisyen Affiliate daripada Lazada hampir setiap hari. Ternyata, mempromosikan barangan fizikal jauh lebih mudah berbanding dengan mempromosikan produk-produk digital.

Strategi untuk dapatkan pendapatan lumayan daripada Lazada ini tidak susah, strategi yang saya gunakan adalah dengan membina website yang fokus kepada topik-topik tertentu. Sebagai contoh, saya bina website yang fokus kepada topik memasak yang saya panggil sebagai niche site. Di situ sambil mempromosikan ataupun berkongis resepi, saya rekemen produk-produk daripada Lazada sebagai contoh kuali, oven dan lain-lain. Ada bermacam cara untuk mempromosikan barangan di Lazada dan memang ianya sangat lumayan dan berbaloi untuk anda promosikan.

Daripada setiap link yang saya berikan ini, setiap kali ada jualan, Lazada akan berikan sedikit komisyen berdasarkan kepada kategori item yang terjual. Disebabkan itu, saya juga mendapat komisyen yang terbaik setiap bulan dengan program affiliate dari Lazada ini.

Saya boleh, dan saya yakin, anda juga boleh lakukan perkara yang sama. Apapun, saya galakkan untuk anda dapatkan senarai 20 niche hot untuk pasaran Malaysia DI SINI. (akan datang)

Apa Yang Anda Perlukan Untuk Bermula

Untuk bermula, yang anda perlukan adalah mindset yang betul dalam membuat dan menjana pendapatan sampingan dengan affiliate. Tanpa mindset yang betul, agak sukar untuk anda bermula dan juga sukses dengan apa yang anda lakukan. Boleh ke SINI untuk dapatkan mindset yang betul dalam program affiliate ini.

Seterusnya, jangan lupa yang anda juga perlukan domain dan hosting. Kalau yang sudah ada blog sendiri akan jadi lebih mudah tetapi yang masih belum ada blog atau website sendiri tu, memang saya galakkan untuk anda dapatkan satu. Lagipun, modal untuk domain dan hositng tidaklah terlalu mahal dan memang sangat berbaloi.

Inilah antara beberapa item penting sebelum anda bermula dan jika memang anda serious untuk berjaya menjana pendapatan pasif dengan affiliate setiap bulan, boleh teruskan bersama blog ini kerana kami akan terus berkongsi tips-tips menarik untuk cara menjana pendapatan dengan program affiliate dan program-program lain.

Selain itu juga, kami akan berkongsi tips-tips SEO terkini daripada blog ini dan strategi yang saya gunakan untuk ranking website ini tinggi di google. Semua ini sebenarnya memerlukan strategi dan teknik yang konsisten untuk berjaya.

Apapun, memang tidak mustahil untuk menjana pendapatan dengan program affiliate di Malaysia ini. Tak susah dan affiliate memang salah satu cara mudah dapat duit. Asalkan anda fokus dan berkeja keras untuk permulaan, insyaAllah anda juga akan nampak hasilnya. Jika saya boleh, saya yakin anda juga boleh melakukannya.

Leave a Comment