Review 3 Pilihan Web Hosting Malaysia Murah

Kali ini kami ingin berikan review berkenaan dengan 3 pilihan web hosting Malaysia murah yang anda boleh dapatkan di Malaysia. Bukan setakat murah, tetapi, web hosting ini memberikan kualiti dan fungsi yang terbaik dan penting juga tidak banyak masalah yang berlaku untuk web hosting ini.

Dari segi harga pun boleh dikatakan murah dan sangatlah berbaloi. Jadi, pada kali ini, kami akan berikan beberapa info penting berkenaan dengan web hosting murah di Malaysia ini. Buat pilihan berdasarkan kepada pakej dan bajet yang anda ada, kalau kena dengan bajet anda, memang pilihan web hosting ini adalah yang terbaik.

Mengapa Web Hosting Malaysia, bukan Luar Negara

Selain daripada hosting di Malaysia, anda juga boleh mendapatkan pakej hosting menarik yang anda boleh dapatkan di luar negara. Tetapi, mengapa kami di NicheJuara menyarankan untuk anda dapatkan pakej hosting dari Malaysia?

Hosting di Malaysia juga menawarkan pakej yang lebih kurang sama dengan apa yang ditawarkan di luar negara. Harga tidak jauh beza dan yang lebih menarik lagi adalah, ianya dalam Ringgit Malaysia. Pakej hosting di luar negara menawarkan hosting dalam USD dan akibat daripada penurunan ringgit Malaysia, anda akan lihat yang harga pakej hosting ini semakin mahal kerana faktor ringgit yang semakin menurun. Untuk elak daripada masalah ini terus berlaku, lebih mudah mendapatkan pakej hosting di Malaysia dengan bayaran dalam RM. Sama ada Ringgit meningkat ataupun menurun terhadap USD, bayaran yang sama anda akan bayar untuk hosting anda.

3 Pilihan Hosting Murah

Kami berikan beberapa pilihan hosting murah yang anda boleh dapatkan di pasaran. Kami sendiri pernah gunakan hosting ini dan dari segi harga dan kualiti memang tiada masalah. Pilihlah berdasarkan kepada apa yang anda mahukan dan yang terbaik mengikut bajet yang anda ada.

Pilihan Pertama – DataKL

DataKL adalah antara hosting premium yang menawarkan banyak fungsi menarik dan pelbagai pakej yang ada. Anda memang boleh memilih pakej yang anda mahukan untuk hosting laman web anda. Kalau anda mahukan laman web untuk perniagaan dan bakal meletakkan traffik yang tinggi boleh ambil pakej yang mahal. Tetapi, kalau sekadar untuk membuat nichewebsite ataupun perkongsian blog, boleh bermula dengan starter pack. DataKL adalah antara pilihan yang bagus untuk blog anda.

Boleh ke SINI Untuk lihat pilihan yang diberikan DataKL

Pilihan Kedua – NetKL

NetKL adalah antara pilihan kedua yang bagus untuk laman web anda. Ianya adalah antara pilihan yang sangat berbaloi terutama kalau anda nakkan webhosting yang tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Dari segi kualiti dan support untuk domainplus pun adalah terbaik.

Kalau ada sebarang pertanyaan berkenaan dengan cara untuk install hosting dan domain, boleh hubungi support domainplus. Mereka akan membalas email anda secapat mungkin.

Pilihan ketiga – KL Server

Ini boleh dikatakan antara pilihan yang murah dan bagus. Kalau anda mahukan hosting yang murah, boleh cuba di KLServer ini dan untuk pengetahuan juga, servis yang ditawarpun pun OK. Tidak banyak masalah dan dari segi support pun OK. Kalau memang anda sedang dalam bajet yang sedikit, boleh cuba yang ini, tetapi kalau anda mempunyai bajet yang besar, memang kami sarankan untuk anda dapatkan DataKL kerana mempunyai support yang terbaik dan pakej yang mantap.

Boleh ke SINI Untuk lihat pakej yang diberikan KL Server

Apapun, inilah antara beberapa pilihan yang ada untuk hosting Malaysia. Untuk anda tahu step by step cara membuat laman web yang berkualiti dan juga mendatangkan pendapatan pasif setiap bulan, boleh ke SINI.

Kami cadangkan anda ke artikel mindset yang betul untuk memulakan blog ini sebagai info tambahan.