Pilihan Domain Murah Malaysia

Apa pilihan domain murah Malaysia? Kalau anda baru berjinak-jinak dalam arena blogging dan website ini, domain adalah antara perkara yang anda perlu ada. Domain dalam erti kata saya adalah domain sendiri. Sebagai contoh ‘nichejuara.com’ ataupun ‘google.com’ dan lain-lain. Kalau misalkata ‘nichejuara.blogspot.com’ ini bukan domain, tetapi menumpang pada blogspot untuk mendapatkan blog secara percuma.

Penting untuk anda mempunyai domain sendiri kerana ianya melambangkan identiti anda dan juga perniagaan yang anda inginkan. Tetapi, masih juga boleh gunakan blogspot jika anda baru bermula, tetapi memang kami nasihatkan anda terus dapatkan yang berbayar kerana lebih berbaloi.

Domain sekarang ini tidaklah mahal sangat dan mampu dimiliki, terutama kepada anda yang ingin fokus dalam perniagaan yang berkaitan dengan internet.

Berapa Bajet Untuk Domain Murah Malaysia?

Sebelum saya rekemen domain mana yang murah, penting untuk anda membelanjakan ataupun mempunyai bajet RM40 hingga ke RM50 untuk domain. Ya, RM40 setahun, tidaklah banyak mana pun, terutama kalau anda boleh menjadikan blog anda mempunyai pendapatan minimum RM50 sebulan. Susah ke nak dapatkan RM50 sebulan, tidak susah dan boleh ikut langkah-langkah membina niche site di SINI.

Seterusnya, anda boleh ke SINI untuk dapatkan domain murah di DataKL. Juga pakej hosting yang disediakan di sana pun mempunyai harga yang sangat murah dan terbaik. Ianya adalah antara pakej domain dan hosting terbaik di Malaysia. Termasuklah domain .my dan juga .com.my.

Bila dah ada domain dan hosting, lengkaplah beberapa item penting untuk membina blog anda. Seperti juga hosting, untuk domain, saya lebih menyarankan anda membeli domain dengan penjual di Malaysia karana anda hanya perlu membayar dalam Ringgit Malaysia. Berbanding dengan kalau anda membeli domain dalam USD, kerana sekarang ini apabila RM tengah jatuh, memang terasa la jugak kalau beli barang dalam USD ini. Tapi nak buat macam mana.

Jom Sama-Sama Buat Duit Dengan Blog

Dengan adanya blog, ianya adalah langkah pertama untuk menambah pendapatan sampingan anda. Kalau anda nak tahu step by step cara untuk bina nichesite dan tambah pendapatan anda, boleh ke SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Yang paling penting adalah, bila anda tahu tujuan anda buat website, akan lebih mudah unutk menambah pendapatan anda dengan website. Tiada masalah kalau anda mempunyai hobi seperti memasak dan pada masa yang sama, anda boleh menambah pendapatan anda. KLIK Sini untuk tahu mindset yang betul sebelum memulakan blog yang anda inginkan.

Inilah serba sedikit info berkenaan dengan domain murah Malaysia. Yup, bajet bermula untuk domain adalah sekitar RM40 hingga RM50.

2 thoughts on “Pilihan Domain Murah Malaysia

Leave a Comment