3 Langkah Cara Buat Website Sendiri

Kali ini kami nak tunjukkan cara buat website sendiri daripada awal sehingga akhir. Untuk pengetahuan anda, cara nak buat website sendiri tidaklah sesusah mana, asalkan anda ikut beberapa setep yang kami tunjukkan ini, memang tiada masalah untuk anda buat website sendiri.

Anda perlu tahu sedikit demi sedikit berkeaan dengan tujuan anda buat website. Tanpa tujuan yang jelas, akan menyebabkan website anda tidak berjalan ataupun tidak terurus. Beza website untuk tujuan branding, untuk tujuan blogging dan lain-lain lagi. Bila dah ada website sendiri ini akan lebih mudah untuk anda mempelbagaikan cara website yang anda gunakan.

 

Langkah 1 : Beli Domain Anda Sendiri

Apabila anda menggunakan domain anda sendiri, ianya akan nampak lebih professional berbanding dengan anda menggunakan blogspot. Bila anda gunakan domain sendiri pula, akan nampak lebih penjenaan dan yang paling penting sekali adalah anda mempunyai full control terhadap akaun anda.

Kalau anda menggunakan platform blogspot, memang ada kemungkinan yang blogger dapat memadam akaun anda pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Saya tahu anda tidak mahu perkara ini berlaku bukan? Untuk itu, beli domain sendiri adalah lebih bagus dan antara pilihan terbaik.

Sebagai contoh, NicheJuara.com adalah laman web yang fokus kepada cara membina niche site menggunakan platform affiliate Lazada. Itu fokus utama dan penjenamaan utama NicheJuara ini. Apapun, kalau anda inginkan domain sendiri, boleh cari di laman DataKL INI.

Langkah 2 : Beli Pakej Hosting Terbaik

Langkah ke dua pula apa yang anda perlu lakukan kalau dah ada domain sendiri. Ya, seterusnya adalah, anda perlukan file ataupun server untuk simpan file yang anda simpan. Untuk itu anda perlukan hosting. Hosting adalah tempat untuk anda menyimpan file ataupun data-data dalam domain anda tersebut. Ada banyak pilihan hosting di pasaran. Untuk memudahkan anda, saya rekemen untuk anda dapatkan deal hosting INI.

Untuk memilih hosting ini, saya lebih sarankan untuk anda dapatkan hosting-hosting syarikat tempatan kerana lebih mudah. Kalau anda dapatkan hosting daripada luar, bayaran adalah dalam USD, apabila duit Malaysia makin menurun menyebabkan perbelanjaan hosting anda semakin bertambanh. Lagipun, syarikat hosting di Malaysia pun tidak kurang hebatnya dalam menawarkan pakerj hosting yang menarik dan terbaik.

Langkah 3 : Upload CMS Anda Sendiri – Kami Rekemen WordPress

Dah ada domain, hosting pun dah ada, langkah seterusnya adalah untuk buatkan website anda live. Untuk itu, anda perlu hubungi pihak hosting adan tentang cara untuk install CMS yang anda mahukan. Content Management System (CMS), adalah sistem operasi laman web anda dan kalau di Malaysia, biasanya ramai yang memilih menggunakan wordpress ataupun blogspot. Boleh ke SINI untuk dapatkan CMS wordpress percuma.

Untuk saya, saya lebih gemar gunakan wordpress kerana banyak fungi yang ada pada wordpress menjadikan banyak perkara lebih mudah. Dari segi theme website anda pun, memang banyak yang anda boleh dapatkan sama ada tema berbayar mahupun yang percuma. Plugin yang ada pada wordpress menjadikan wordpress sangat mesra dengan Search Engine dan boleh dikatakan antara pilihan CMS terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran.

Mulakan Buat Website Anda Sekarang

Anda boleh mulakan membuat website anda sekarang. Tidak susah sebenarnya untuk memulakan membuat website ataupun blog sendiri. Dengan webstite tersebut, memang tiada masalah untuk anda membuat pendapatan sampingan daripada website tersebut. Di Malaysia ini, sudah ramai yang menjadikan website-website milik mereka sebagai satu pendapatan tetap dan tidak mustahil anda dapat melakukan perkara yang sama. Kalau ikut semua langkah-langkah ini, memang cara buat website sendiri tidak susah.

Apapun, saya sarankan anda dapatkan panduan dan langkah demi langkah membina website di SINI.