Bisnes Online Tanpa Modal – Ulasan Program Affiliate Bookcafe

Affiliate adalah salah satu bisnes online tanpa modal yang mudah dan sesuai untuk semua orang. Konsep affiliate ini tidak susah, dan anda tidak memerlukan produk sendiri untuk mula menjual, apa yang anda perlukana adalah mempromosikan produk orang lain dengan pelbagai cara dan teknik yang anda tahu.

Kali ini, saya nak berikan sedikit info penting berkenaan dengan pengenalan program affiliate. Juga sedikit ulasan mengenai program affiliate daripada Bookcafe. Harap anda sebagai pembaca boleh menilai yang terbaik berdasarkan kepada apa yang anda dapati daripada review berkenaan dengan program di BookCafe ini.

Apa Itu Bisnes Online Tanpa Modal – Program Affiliate

Anda boleh tinggalkan perenggan ini jika anda sudah tahu apa itu affiliate. Secara asasnya, affiliate adalah satu bentuk program yang membolehkan anda menjana komisyen berdasarkan kepada barangan yang anda promosikan. Anda mempromosikan produk orang lain sama ada produk fizikal ataupun produk digital (ebook atau video) dan jika terdapat jualan yang terjual, anda mendapat komisyen daripada hasil jualan tersebut.

Produk digital mempunyai komisyen yang lebih tinggi iaitu setinggi 50% hingga ke 75% daripada hasil jualan manakala produk fizikal mempunyai komisyen yang lebih rendah biasanya 5% – 10%.

Walaupun produk fizikal mempunyai komisyen yang lebih randah, tetapi, biasanya mempunyai nilai conversion yang lebih bagus berbanding dengan produk digital. Apapun, kali ini kami nak berikan sedikit review jujur berkenaan dengan produk affiliate Bookcafe yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Ulasan Produk Fizikal Kedai Buku Online Bookcafe – Program Affiliate Malaysia

Bookcafe merupakan salah satu syarikat yang sedang meningkat naik di Malaysia yang menawarkan satu platform yang unik iaitu menjual buku-buku fizikal secara online. Sekarang sudah ada produk lain yang dijual seperti kuih, ebook dan lain-lain. Disebabkan oleh tidak banyak review berkenaan dengan produk Bookcafe ini, kami di NicheJuara cuba memberikan pandangan kami berkenaan dengan produk ini, sama ada yang bagus atau tidak bagus untuk program affiliate BookCafe ini.

Program Affiliate Bookcafe – apa yang bagus

Bookcafe adalah satu jenama yang dipercayai dan bagus serta mempunyai design yang menarik. Mereka juga menggunakan platform email untuk mempromosikan produk mereka. Disebabkan oleh mereka telah membina jenama mereka sendiri, lebih mudah untuk anda menjual produk daripada laman web mereka. Mereka juga sering melakukan banyak promosi untuk produk-produk yang ada pada laman web mereka menjadikan ianya semakin dikenali.

Kalau anda mempromosikan program Bookcafe ini, memang tidak dinafikan yang anda lebih mudah untuk menjual terutama pada waktu-waktu promosi sedang dijalankan.

Program Affiliate Bookcafe – yang perlukan penambahbaikan

Walaupun masih baru, tetapi ada penambahbaikan yang perlu pada padangan kami terutamanya jika anda ingin mempromosikan bookcafe sebagai satu platfrom affiliate. Anda boleh ke SINI untuk melihat apa yang ditawarkan oleh bookcafe sebagai affiliate.

Secara ringkasya, apa yang ditawarkan oleh program affiliate bookcafe kepada mereka yang ingin mempromosikan produk mereka ada 2;

  • Komisyen 5% untuk setiap jualan
  • Minium cash out RM100

Kami tiada masalah untuk komisyen sebanyak 5%, boleh dikatakan nilai komisyen sebegitu adalah biasa untuk produk fizikal.

Secara jujurnya, minimum cash out RM100 itu adalah terlalu banyak. Terutama jika anda masih baru dan tidak mahir mempromosikan produk affiliate. Kenapa saya katakan agak sukar kepada mereka yang masih baru untuk mendapatkan minimum cashout RM100 setiap bulan?

Untuk mendapatkan minimum cashout RM100 dengan nilai komisyen flat 5%, anda perlu mendapatkan jumlah jualan bulanan RM2000 setiap bulan. Ianya boleh dilakukan kalau anda ada laman web khusus ataupun blog khusus review buku seperti novel dan lain-lain.

Average buku yang dijual di bookcafe berarga RM50, jika anda mempromosikan buku yang berharga RM50 ini, komisyen 5% adalah sebanyak RM2.5. Untuk mencapai RM100 minimum cashout memang memerlukan kesungguhan dan promosi yang menggila. Lagipun tidak banyak buku yang anda boleh promosikan yang berharga di atas RM100 di bookcafe.

Alternatif lain ada ke?

Kalau anda masih baru bermula dan ingin mempromosikan produk fizikal, kami lebih rekemen untuk anda lihat di Lazada. Terdiri daripada pelbagai jenis produk dan kalau anda nak promosikan produk yang berharga RM1000 pun tiada masalah.

Kalau anda adalah seorang peminat buku dan sanggup untuk cuba mendapatkan jualan RM2000 sebulan melalui bookcafa untuk mendapatkan minimum cashout RM100, memang digalakkan. Disebabkan oleh minimum cashout RM100 yang dikenakan oleh pihak bookcafe, saya tangguhkan dulu hasrat untuk menjadi affiliate mereka dan mempromosikan produk mereka, tetapi lebih memberikan fokus kepada produk-produk di fizikal di Lazada dan lain-lain.

Nak tahu bagaimana cara saya membina niche site, boleh download step by step di SINI (akan datang)

Sekian dan harap artikel berkenaan dengan bisnes online tanpa modal ini memberi manfaat kepada anda.

Artikel berkaitan :

  1. Senarai Program Affiliate Selain Bookcafe di Malaysia
  2. Step by step cara buat niche website

Senarai Affiliate Program di Malaysia

Artikel pada kali ini adalah mengenai senarai affiliate program di Malaysia. Seperti yang anda tahu, affiliate adalah salah satu cara untuk memberikan income kepada blog ataupun website anda. Dengan menjadi affiliate ataupun agen kepada barangan tertentu, anda tidak perlu mempunyai barangan ataupun produk sendiri, anda seolah-olah menjadi agen kepada barangan dan produk tertentu mengikut terma dan syarat yang telah di tetapkan.

Berikut adalah antara beberapa senarai program affiliate yang popular dan dipercayai yang ada di Malaysia. Kami pecahkan kepada beberapa kategori agar memudahkan anda untuk mempromosikan program-program tersebut.

Affiliate Program di Malaysia – Produk Fizikal

Anda boleh menjadi agen mempromosikan barangan fizikal. Komisyen daripada mempromosikan barangan fizikal ini tidaklah terlalu besar jika nak dibandingkan dengan promosi untuk barangan digital seperti ebook, tetapi, mengikut pengalaman kami sendiri, lebih mudah untuk melakukan jualan jika anda mempromosikan barangan fizikal berbanding dengan produk digital. Apapun, berikut adalah 3 pilihan affiliates produk fizikal yang anda boleh perolehi dan dapatkan;

Lazada – Affiliates produk fizikal terbesar di Malaysia

Lazada merupakan satu platform ecommerce yang terbesar di Malaysia. Ia menjual pelbagai senarai barangan dengan harga yang kadangkala jauh lebih murah daripada pasaran. Komisyen yang anda dapat daripada mempromosikan produk Lazada ini tidaklah sebesar komisyen daripada produk digital, tetapi lebih mudah untuk mendapat jualan. Kalau anda mempromosikan produk Lazada ini secara serious, memang tidak mustahil yang anda boleh mendapat jualan hampir setiap hari dan pendapatan anda boleh mencecah sehingga 4 angka sebulan.

Terus daftar affiliates Lazada di SINI

Involve Asia – Menghimpunkan platform ecommerce untuk anda promosi

Involve Asia adalah satu lagi platform yang bagus untuk anda promosi. Ianya menghimpunkan senarai produk-produk fizikal ataupun servis daripada pelbagai laman ecommerce di Asia Tenggara. Anda boleh mempromosikan produk fesyen seperti Zalora, Fashion Vallet, Tudung ataupun produk hotel seperti Agoda, Trivago dan lain-lain. Satu konsep yang menarik untuk anda lihat dan jika anda baru bermula, boleh cuba promosikan Involve Asia ini di dalam website anda.

Boleh ke SINI Untuk Daftar Dengan Involve Asia

Bookcafe – Program Affiliates Buku Fizikal Online

Bookcafe adalah satu lagi program affiliates buku fizikal online yang mula menapak di Malaysia. Ianya adalah platform menjual buku fizikal secara online. Mereka mengenakan komisyen 5% daripada jualan dan jika anda berminat, boleh cuba daftar di bawah.

KLIK Sini Untuk daftar dengan bookcafe

Buat masa ini, kami belum secara serious mempromosikan bookcafe secara serious berbanding dengan Lazada. Apapun, kalau anda berminat untuk membuat blog berkenaan dengan novel dan sekaligus mempromosikan bokcafe ini pun tiada masalah.

Affiliates Program – Produk Digital

Berbeza dengan produk fizikal, produk digital adalah seperti ebook, panduan dan lain-lain. Biasanya, produk digital memberikan komisyen yang lebih tinggi berbanding dengan produk fizikal. Antara affiliates produk digital yang ada di pasaran adalah ada seperti;

Klikjer – Lubuk Produk Digital Affiliates

Antara tempat yang menghimpunkan banyak produk digital terkini di pasaran. Pihak Klikjer selalu memberikan update terkini berkenaan dengan produk yang paling laris dan sekaligus memudahkan anda untuk mempromosikan produk yang laku di pasaran. Apapun, boleh terus cuba daftar di SINI dan mulakan promosi. Lepas promosi, jangan lupa untuk join facebook group Klikjer kerana pemilik Klikjer sering mempromosikan pelbagai tips penting untuk sukses dalam Klikjer.

Dari segi komisyen pula, anda dibayar daripada 50% sehingga ke 70% mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Dilain waktu, kami akan berikan review berkenaan dengan program Klikjer dan komisyen yang kami dapat mempromosikan produk Klikjer ini.

InfoKerjaya – Produk affiliates untuk niche kerjaya

Antara produk lain yang popular adalah niche kerjaya. Kalau anda perasan, sewaktu dekat dengan exam SPA, ramai yang akan mempromosikan produk-produk dan tips lulus exam SPA. Produk affiliates kerja kerajaan ataupun exam SPA ini adalah daripada infokerjaya. Ianya adalah salah satu cara yang mudah untuk buat duit dengan medium blog ataupun facebook anda. Tetapi ingat, ianya bermusim, ketika adanya peperiksaan, barulah ada peluang untuk menjana pendapatan dengan program ini.

Apapun, kami akan buat review secara lebih detail berkenaan dengan program ini dan sedikit tips untuk berjaya dalam program ini. Apapun, boleh terus mendaftar program ini di SINI.

Produk Affiliates Personal

Ada juga produk affiliates personal, anda boleh google sendiri produk apa yang anda ingin promosi. Cari “nama produk + affiliates” tetapi kena hati-hati, carai yang betul-betul berkaliber ataupun boleh cuba dulu promosi, bila dah betul-betul membayar, baru promosi lebih lagi kerana ada yang apabila anda promosi, tetapi mereka tidak membayar.

Apapun, teruskan promosi, dan nantikan tips-tips hebat cara membina nche site daripada kami.