Senarai Affiliate Program di Malaysia

Artikel pada kali ini adalah mengenai senarai affiliate program di Malaysia. Seperti yang anda tahu, affiliate adalah salah satu cara untuk memberikan income kepada blog ataupun website anda. Dengan menjadi affiliate ataupun agen kepada barangan tertentu, anda tidak perlu mempunyai barangan ataupun produk sendiri, anda seolah-olah menjadi agen kepada barangan dan produk tertentu mengikut terma dan syarat yang telah di tetapkan.

Berikut adalah antara beberapa senarai program affiliate yang popular dan dipercayai yang ada di Malaysia. Kami pecahkan kepada beberapa kategori agar memudahkan anda untuk mempromosikan program-program tersebut.

Affiliate Program di Malaysia – Produk Fizikal

Anda boleh menjadi agen mempromosikan barangan fizikal. Komisyen daripada mempromosikan barangan fizikal ini tidaklah terlalu besar jika nak dibandingkan dengan promosi untuk barangan digital seperti ebook, tetapi, mengikut pengalaman kami sendiri, lebih mudah untuk melakukan jualan jika anda mempromosikan barangan fizikal berbanding dengan produk digital. Apapun, berikut adalah 3 pilihan affiliates produk fizikal yang anda boleh perolehi dan dapatkan;

Lazada – Affiliates produk fizikal terbesar di Malaysia

Lazada merupakan satu platform ecommerce yang terbesar di Malaysia. Ia menjual pelbagai senarai barangan dengan harga yang kadangkala jauh lebih murah daripada pasaran. Komisyen yang anda dapat daripada mempromosikan produk Lazada ini tidaklah sebesar komisyen daripada produk digital, tetapi lebih mudah untuk mendapat jualan. Kalau anda mempromosikan produk Lazada ini secara serious, memang tidak mustahil yang anda boleh mendapat jualan hampir setiap hari dan pendapatan anda boleh mencecah sehingga 4 angka sebulan.

Terus daftar affiliates Lazada di SINI

Involve Asia – Menghimpunkan platform ecommerce untuk anda promosi

Involve Asia adalah satu lagi platform yang bagus untuk anda promosi. Ianya menghimpunkan senarai produk-produk fizikal ataupun servis daripada pelbagai laman ecommerce di Asia Tenggara. Anda boleh mempromosikan produk fesyen seperti Zalora, Fashion Vallet, Tudung ataupun produk hotel seperti Agoda, Trivago dan lain-lain. Satu konsep yang menarik untuk anda lihat dan jika anda baru bermula, boleh cuba promosikan Involve Asia ini di dalam website anda.

Boleh ke SINI Untuk Daftar Dengan Involve Asia

Bookcafe – Program Affiliates Buku Fizikal Online

Bookcafe adalah satu lagi program affiliates buku fizikal online yang mula menapak di Malaysia. Ianya adalah platform menjual buku fizikal secara online. Mereka mengenakan komisyen 5% daripada jualan dan jika anda berminat, boleh cuba daftar di bawah.

KLIK Sini Untuk daftar dengan bookcafe

Buat masa ini, kami belum secara serious mempromosikan bookcafe secara serious berbanding dengan Lazada. Apapun, kalau anda berminat untuk membuat blog berkenaan dengan novel dan sekaligus mempromosikan bokcafe ini pun tiada masalah.

Affiliates Program – Produk Digital

Berbeza dengan produk fizikal, produk digital adalah seperti ebook, panduan dan lain-lain. Biasanya, produk digital memberikan komisyen yang lebih tinggi berbanding dengan produk fizikal. Antara affiliates produk digital yang ada di pasaran adalah ada seperti;

Klikjer – Lubuk Produk Digital Affiliates

Antara tempat yang menghimpunkan banyak produk digital terkini di pasaran. Pihak Klikjer selalu memberikan update terkini berkenaan dengan produk yang paling laris dan sekaligus memudahkan anda untuk mempromosikan produk yang laku di pasaran. Apapun, boleh terus cuba daftar di SINI dan mulakan promosi. Lepas promosi, jangan lupa untuk join facebook group Klikjer kerana pemilik Klikjer sering mempromosikan pelbagai tips penting untuk sukses dalam Klikjer.

Dari segi komisyen pula, anda dibayar daripada 50% sehingga ke 70% mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Dilain waktu, kami akan berikan review berkenaan dengan program Klikjer dan komisyen yang kami dapat mempromosikan produk Klikjer ini.

InfoKerjaya – Produk affiliates untuk niche kerjaya

Antara produk lain yang popular adalah niche kerjaya. Kalau anda perasan, sewaktu dekat dengan exam SPA, ramai yang akan mempromosikan produk-produk dan tips lulus exam SPA. Produk affiliates kerja kerajaan ataupun exam SPA ini adalah daripada infokerjaya. Ianya adalah salah satu cara yang mudah untuk buat duit dengan medium blog ataupun facebook anda. Tetapi ingat, ianya bermusim, ketika adanya peperiksaan, barulah ada peluang untuk menjana pendapatan dengan program ini.

Apapun, kami akan buat review secara lebih detail berkenaan dengan program ini dan sedikit tips untuk berjaya dalam program ini. Apapun, boleh terus mendaftar program ini di SINI.

Produk Affiliates Personal

Ada juga produk affiliates personal, anda boleh google sendiri produk apa yang anda ingin promosi. Cari “nama produk + affiliates” tetapi kena hati-hati, carai yang betul-betul berkaliber ataupun boleh cuba dulu promosi, bila dah betul-betul membayar, baru promosi lebih lagi kerana ada yang apabila anda promosi, tetapi mereka tidak membayar.

Apapun, teruskan promosi, dan nantikan tips-tips hebat cara membina nche site daripada kami.