Cara Nak Buat Blog Sendiri dan Business – Mindset Yang Perlu Ada

Kali ini saya nak fokuskan kepada beberapa perkara penting dalam cara nak buat blog sendiri. Kalau anda mahukan cara dan tips untuk buat blog sendiri, memang ada banyak caranya sama ada yang percuma ataupun yang berbayar.

Sebelum anda bermula, ada beberapa perkara penting yang anda perlu tahu terutama kalau nak buat blog sendiri dan akhirnya menjana pendapatan dengan blog yang anda buat. Kali ini, kami akan berikan beberapa mindset penting kepada anda untuk memulakan blog sendiri dan untuk pengetahuan anda juga, akan ada beberapa tips penting berkenaan dengan cara buat blog untuk business.

Sebelum Bermula – Tahu Tujuan Anda Buat Blog

Sebelum anda bermula lebih jauh, yang paling penting adalah anda tahu tujuan dan kenapa anda mahu membuat blog. Sama ada sebagai perkongsian ataupun sebagai salah satu cara untuk menambah pendapatan. Kami di NicheJuara membina blog ataupun website untuk menambah pendapatan. Memang kalau anda mahukan blog anda menjadi salah satu alternatif lain untuk menambah pendapatan pun tidak salah. Memang boleh dan teruskan bersama kami untuk artikel-artikel menarik tips dan langkah untuk menambah pendapatan.

Kalau anda nak buat blog untuk perkongsian pun tidak mengapa, cuma kami sarankan anda membuat blog mengikut niche tertentu walaupun sekadar perkongsian. Maksudnya, fokus blog anda pada topik-topik tertentu seperti memasak, kesihatan, parenting dan lain-lain. Lepas itu, barulah mula meletakkan item-item penting dalam blog anda.

Dah Ada Tujuan Yang Jelas – Lepas Itu Apa?

Bila anda sudah ada tujuan yang jelas, selepas itu mudah sahaja. Ini adalah apa yang saya lakukan sebelum memulakan blog atau website saya sendiri. Apa dia? Cara-cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan blog. Adakah anda mahukan blog anda sekadar blog ataupun ada sumber-sumber lain yang membolehkan anda mendapatkan pendapatan sampingan sambil anda menulis di internet.

Ada banyak cara yang anda boleh gunakan untuk menambah pendapatan sampingan dengan blog ataupun website anda sendiri. Antaranya adalah dengan meletakkan banner syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Innity ataupun Adsense. Cara lain adalah menggunakan program-program affiliate yang ada di Malaysia. Program affiliate termasuklah produk fizikal seperti Lazada ataupun produk digital seperti Klikjer dan lain-lain.

Untuk memudahkan anda, niche juara akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan menggunakan platform Lazada ataupun mempromosikan produk fizikal di dalam blog anda. Bila anda lakukan dengan serious, memang tiada masalah untuk memperolehi pendapatan 4 hingga ke 5 angka hanya dari blog anda.

Contoh mudah :

Sebagai contoh sekiranya anda ingin berkongsi berkenaan dengan resepi terbaik yang anda inginkan kongsikan kepada semua orang, tidak salah kalau anda letakkan sekali link lazada untuk oven yang anda gunakan. Dengan cara itu, anda akan berkongsi resepi anda dan juga secara tidak langsung jika anda pembeli yang ingin membeli barangan yang anda cadangkan di Lazada ini, anda akan mendapat komisyen hasil daripada pembelian tersebut.

Tujuan dan jelas, cara nak buat duit pun sudah ada, lepas itu apa?

Ya, lepas itu apa? Apa yang anda perlu buat untuk melangkah ke proses seterusnya? Untuk ke proses seterusnya, cuba dapatkan domain dan hosting yang anda mahukan. Biasanya kos domain dan hosting adalah dalam sekitar RM100 ke RM150 setahun. Mahal? Bagi saya tidak mahal, terutamanya kalau anda boleh dapatkan RM50 paling kurang sebulan daripada website anda. RM50 sebulan itu susah? Bagi kami, ianya adalah amaun yang sangat minima kalau anda ingin membina nichesite secara serious.

Anda boleh rujuk artikel ini untuk mendapatkan langkah-langkah membina domain dan hosting terbaik di pasaran.

Nak Buat Blog Tidak Susah

Ya, nak buat blog tidak susah, nak buat blog yang anda boleh mendapatkan pendapatan sampingan itu perlukan kesabaran dan ketekunan. Kalau tiada ketekunan, memang susah untuk sukses dalam perjalan membina blog-blog berkualiti yang anda mahukan.

Apapun, setakat itu tips dan cara nak buat blog sendiri dan business yang anda perlu tahu. Dengan adanya mindset ini, lebih mudah untuk anda mendapatkan income yang lebih dariapada blog-blog yang anda mahukan.